HULU SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan keputusan untuk meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil sesi libat urus menyeluruh dilakukan KKM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapati sememangnya ada keperluan untuk melakukan pindaan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mendapatkan pandangan dari aspek perundangan daripada Jabatan Peguam Negara.
"Siapa sahaja boleh beri pendapat, namun KKM dan KPT berpendirian sama dalam hal ini selaras dengan rumusan kajian dan libat urus yang amat komprehensif dilakukan secara bersama, jadi kita akan bentang memorandum cadangan pindaan ini kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.
"Ini proses yang kita buat bagi menyelesaikan kemelut, penetapan ke atas ketidaktentuan kedua-dua program itu serta bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB), di sini, pada Jumaat.
Awal bulan ini, Dzulkefly berkata, KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Jun dalam usaha memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf.
Namun, perkara itu tidak dipersetujui Kumpulan Profesor Kesihatan dan Perubatan dengan Ketuanya, Profesor Dr Noor Hassim Ismail berkata jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan boleh diselesaikan tanpa perlu meminda Akta 50.
Mengulas lawatannya ke Hospital KKB, Dzulkefly berkata, hasil penambahbaikan perkhidmatan di fasiliti kesihatan di hospital itu antaranya dengan menempatkan pakar perubatan am sejak Januari lepas telah berjaya mengurangkan kesesakan di Hospital Selayang.
"Sebelum ini tiada pakar di sini, jadi penduduk Kuala Kubu Baharu banyak ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.
"Tidak setakat itu sahaja, bagi memperkasa perkhidmatan kesihatan di KKB ini, kita jangka seawal Mei ini akan diwujudkan jabatan kecemasan (kini hanya ada unit kecemasan) dengan dilengkapi pakar rawatan kecemasan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Dr Dzulkefly (kiri) beramah mesra dengan kakitangan Hospital Kuala Kubu Baharu ketika mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Fasiliti Kesihatan di Hospital Kuala Kubu Baharu pada Jumaat. - Gambar Bernama
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.